Support Chat
Close

Kiriman komen terkini

PENYERTAAN KEDAIMUSLIMONLINE DI DALAM PERNIAGAAN MEMASARKAN PRODUK SUSU KOLESTRUM C2JOY
ASSALAMU'ALAIKUM.BERITA BAIK! BERITA BAIK! UNTUK SEMUA....INGINKAN PENDAPATAN SAMPINGAN YANG LUMAYAN!!!.JOM SERTAI...
pada May 17, 2021 | oleh Admin
Terima kasih kepada semua penyumbang.
Bismillahirrohmanirrahim. Ucapan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan sumbangan baik...
pada Oct 12, 2020 | oleh Admin
Sumbangan dana pembangunan Pasti Nurul Syahadah
Assalamua'laikum.Pihak pengurusan Pasti Nurul Syahadah Batu 9. Kg. Medan dengan rendah hati ingin menjemput dan...
pada Mar 5, 2020 | oleh Admin

Sumbangan dana pembangunan Pasti Nurul Syahadah

Kiriman komen pada: Mar 5, 2020 | Kiriman komen oleh: Admin | Kategori: AKTIVITI KEBAJIKAN

Assalamua'laikum.


Pihak pengurusan Pasti Nurul Syahadah Batu 9. Kg. Medan dengan rendah hati ingin menjemput dan mengajak para dermawan yang budiman untuk sama-sama membantu kami membaik pulih bangunan pasti cawangan kami ini yang telah berumur lebih dari 20 tahun.

Bangunan yang telah menempatkan 101 pelajar pada tahun 2020 ini telah diserang anai-anai pada bahagian tingkat atas. Justeru kami, merupakan pihak yang diamanahkan untuk menguruskan perjalanan Pasti  agar sentiasa dalam keadaan selamat dan selesa, telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk mencari dana bagi membaik pulih dan seterusnya meningkatkan taraf kemudahan yang sedia ada kepada keadaan yang lebih baik lagi.

Pihak kami merancang kerja-kerja membaik pulih ini dijangka akan bermula sekitar bulan Julai 2020 ini. Anggaran kos yang telah dinilai  oleh kontraktor yang dilantik adalah sekitar RM160,000.00. Setakat perkembangan ini ditulis (5/3/2020) pada blok ini, pihak kami telah menerima sumbangan dari orang ramai sekitar RM32,000.00 dan masih lagi jauh dari sasaran yang ingin pihak kami capai. 

Bagi yang ingin turut sama menyumbang pada kerja--kerja yang mulia ini, yang mudah-mudahan akan menjadi bekalan akhirat yang berkekalan, bolehlah memberikan sumbangan tersebut ke akaun pembangunan yang telah kami buka khusus untuk mengumpulkan dana pembinaan ini.

Bank : Maybank
Penama : Nurul Syahadah Enterprise
No. Akaun : 5620 5807 2093.


Pihak kedaimuslimonline.com juga, insyaAllah akan menyumbangkan sebahagian untung yang terhasil dari jualan melalui portal ini pada setiap bulan dengan diniatkan, agar pahala jariah ini dikurniakan juga kepada para pembeli yang membelinya pada bulan tersebut.

Segala perkembangan tentang kutipan yang diperolehi dan perkembangan membaik pulih atau naik taraf kemudahan PASTI NURUL SYAHADAH Batu 9. Kg.  Medan ini, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi individu di bawah melalui no.telefon yang telah disertakan:

Ahmad Paizal bin Mohd Unus
Pengerusi Pasti Nurul Syahadah
No. Tel : 016-2811574

Ust. Muhammad Nadzir bin Jamaluddin
Pengurus Pasti Nurul Syahadah
No. Tel : 019-4791512

Tn. Hj Tamziz bin Sardi
Setiausaha Pasti Nurul Syahadah
No. Tel : 012-3799719

Hamdan bin Sabran
Bendahari Pasti Nurul Syahadah
No. Tel : 019-3303511

Fadhilat dan Kelebihan Amalan Sedekah

Firman Allah SWT:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى ۙ لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

(Surah al-Baqarah: 261-262)

Komen (0)

Tiada komen

Close