Belum ada produk yang dibeli.
Belum ada produk yang dibeli.
Pembelian secara online sahaja
Baru
PERHATIAN!!
Produk ini boleh dibeli oleh penduduk sekitar, Batu.9 Kg. Medan, Sijangkang, Batu 9, Batu 10 Kebun Baru dan Telok Panglima Garang. Ianya akan dihantar sendiri oleh wakil kedaimuslimonline.com, dalam masa 1hingga 3 hari.
Produk ini juga boleh diposkan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan poslaju atau perkhidmatan penghantaran yang lain.
LANGKAH PERTAMA : PENYEDIAAN BAHAN SAYUR UNTUK DIGORENG SEPARUH MASAK.
Bahan-bahan:
- 2 Batang Lobak merah (Potong Bulat)
- 1/2 tongkol bunga kobis
- 3 biji terung bulat (potong 6 @ terung panjang 3 batang)
- 3 biji kentang (potong 6 )
SEMUA SAYURAN INI DIGORENG SEPARUH MASAK
LANGKAH KEDUA : PENYEDIAAN AIR STOK DARI REBUSAN DAGING KAMBING @ AYAM
1. Rebus kambing @ ayam dan isi rempah maqlubah yang telah dibekalkan di dalam bungkusan beRAS yang telah anda beli.
2. Masukkan garam & daging kambing @ ayam secukupnya
3. Keluarkan ayam@kambing yang telah lembut dari rebusan itu.
NOTA: 1 EKOR AYAM DIPOTONG 8 ATAU 1.5 KG KAMBING DIPOTONG DENGAN POTONGAN KETULAN YANG BESAR.
LANGKAH KETIGA : PENYEDIAAN NASI MAQLUBAH
1. Rendam beras Basmati selama 15 minit dengan air paip. kemudian ditoskannya
2. Masukkan daging kambing @ ayam yang sudah direbus tadi pada bahagian bawah beras yang telah ditos beserta sayuran yang telah digoreng separuh masak. Lakukannya secara berlapis-lapis, pada bahagian tengah dan atas pula.
3. Kemudian masukkan pula dengan air rebusan daging kambing @ ayam tadi.
NOTA: UNTUK MEMUDAHKAN MENGETAHUI SUKATAN AIR REBUSAN YANG INGIN DIMASUKKAN KE DALAM PERIUK NASI, MASUKKAN BERAS TADI MENGGUNAKAN CAWAN KECIL. CONTOHNYA SUKATAN BERAS TERSEBUT 5 CAWAN, JADI BILANGAN SUKATAN AIR REBUSAN TADI ADALAH 6 CAWAN ATAU 6 CAWAN SETENGAH.
LANGKAH KEEMPAT : PENYEDIAAN NASI MAQLUBAH SETELAH
1. Setelah nasi masak, taburkan bawang goreng dan kismis pada permukaan atas nasi tersebut (pilihan kepada anda untuk memasukkan ataupun tidak bawang goreng dan kismis). Biarkan seketika sekitar 3 minit dan kemudian tonggengkan@terbalikkan periuk nasi itu di atas dulang.
(Inilah yang dinamakan Nasi Maqlubah @ Nasi Terbalik).
PENYEDIAAN SAMBAL.
1. 2 biji tomato
2. 5 biji cili besar (kalau nak lebih pedas, tambahkan cili kecil)
3. Garam 7 serbuk perisa (secukup rasa)
4. Blender semua bahan-bahan ini.
SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATINYA....
Tawaran Insentif sebanyak 5.5% yang diagihkan sekiranya berlaku penjualan produk ini mengikut level pada kumpulan atau rangkaian anda. Ianya akan dimasukkan ke dalam Tabung Tawaran Insentif.
NO | LEVEL | PERATUSAN AGIHAN | JUMLAH RM |
1 | PERTAMA | 2.5% | RM0.425 |
2 | KEDUA | 1.5% | RM0.255 |
3 | KETIGA | 1.0% | RM0.17 |
4 | KEEMPAT | 0.5% | RM0.085 |
Sebarkan link anda, yang boleh didapati di dalam ruang akaun anda agar berpeluang memperolehi agihan tawaran insentif ini.
Menjadikan portal ini sebagai salah satu tempat untuk mendapatkan produk keluaran muslim :
Tiada komen pengguna untuk saat ini.